Wednesday 26 September 2012

Tips Menjawab Soalan UPSR(Kefahaman)


BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) UPSR
Tip UPSR: Strategi jawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Oleh Anuar Ahmad

SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.

Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik.


BAHAGIAN TATABAHASA

Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa.


Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan.

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.


A. Faham

Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut.

Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya mengagak maksud jawapan tersebut. Tindakan ini salah kerana calon perlu berusaha memahami maksud pilihan jawapan itu, bukan sekadar mengagak.

Biasanya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan.

Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi setiap pilihan jawapan tersebut.

Contoh soalan;

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih


B. Baca

Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.


C. Kesan

Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan calon memilih jawapan yang tepat.

Dalam soalan ini, klunya adalah ‘menyampaikan’ (Bulatkan perkataan menyampaikan).

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.


D. Pilih

Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Oleh itu, fahamkan betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

Pengganggu jawapan yang hampir tepat

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih

Pilihan jawapan yang paling tepat

Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut:

* Jawab soalan yang mudah terlebih dulu.

* Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang susah.

* Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian tatabahasa.

* Segera jawab soalan bahagian petikan.

* Baki masa perlu digunakan untuk menyemak semula jawapan.


BAHAGIAN PEMAHAMAN

Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat dengan petikan yang disediakan.

Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah:


A. Baca dan faham

Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu.

Contoh soalan:

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.


B. Cari pembayang jawapan

Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut.

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.


C. Penyesuaian

Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan)

... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula (pembayang)


D. Memilih

Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN)

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.

Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.

ii. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.

iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.

iv. Membuang masa dengan soalan yang susah.

v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.

vi. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.

vii. Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.


Ingat!:
Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah tanda hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu cukup 40. Jika kurang, bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan. Oleh itu, calon perlu semak semula.

Sunday 23 September 2012

Contoh RPH BM Tahun 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) TAHUN 5

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Arif
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 12 Februari 2012
Masa : 60 minit

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan.
ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia.
iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masingmasing dengan menggunakan ayat majmuk yang
betul.

Hasil Pembelajaran:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat
majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan. Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan Menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan
membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBB : Power point, buku latihan dan alat
tulis.


Isi Pelajaran


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Murid
ditayangkan
power point yang
berkaitan dengan
jenis-jenis
perayaan yang
terdapat di
Malaysia.
Set Induksi (5 minit)
i)murid diminta untuk melihat paparan
power point dan menghayatinya.
ii)murid diminta untuk membezakan jenis
perayaan mengikut kaum dan
menceritakan pengalaman mereka.
iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan
tajuk pengajaran yang akan diajari pada
hari itu.

KB : menghubungkait,
inferens
BCB: menonton dengan
aktif
BBB : power point
Guru memberi
teks cerita yang
bertajuk
“Perayaan Di
Malaysia” melalui
power point.
Langkah 1 (15 minit)
i)murid dikehendaki untuk mengelik
salah satu pautan yang disediakan.
ii)murid diminta membaca petikan itu
secara individu dengan kuat dan
mengikut intonansi serta gaya yang betul.
iii)murid-murid yang lain dikehendaki
mendengar dan meneliti teks sambil
memahami petikan tersebut.
iv)kemudian guru menanyakan soalan
kepada murid berkaitan dengan petikan
tersebut.
KB : membuat inferens
BCB : i) membaca dengan
intonansi yang betul.
ii) mendengar dengan aktif.
BBB : teks cerita, power
point
Guru
mengadakan
perbincangan
kumpulan antara
murid-murid dan
melakukan
pembentangan
melalui power
point.
Langkah 2 (15 minit)
i)murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan.
ii)murid diminta untuk berada dalam
kumpulan dan membuat perbincangan.
iii)murid dikehendaki membentangkan
perbezaan antara perayaan yang
terdapat di Malaysia dan bandingkan
dengan pengetahuan dan pengalaman
mereka.
iv)kemudian kumpulan yang berjaya
menyiapkan dahulu akan
membentangkan hasil perbincangan
mereka dan mereka akan mendapat ganjaran.
v)guru menanyakan soalan yang
berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan
sedia ada mereka.
KB : menghubungkaitkan,
menjana idea
BCB : memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik,visual,
intrapersonal, interpersonal
Nilai : kerjasama, hormatmenghormati
BBB : power point
Guru memberi
latihan kepada
murid-murid.
Aktiviti
Pemgayaan:
Menulis karangan
pendek
berdasarkan
tajuk yang diberi.
Aktiviti
Pemulihan:
Menyudahkan
petikan yang
diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.
Langkah 3 (20 minit)
i)guru terlebih dahulu menanyakan
kepada murid sekiranya mereka masih
tidak memahami tajuk pengajaran pada
hari tersebut.
ii)guru memberi latihan kepada murid
iaitu membuat karangan pendek
mengenai perbezaan perayaan di
Malaysia.
iii)guru membimbing kumpulan murid
yang memerlukan pemulihan dengan
menyediakan teks cerita yang perlu
dilengkapkan dengan mengisi tempat
kosong.
KB : menjana idea,
menghubungkaitkan,
membuat inferens.
BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.
KP :
Intrapersonal, interpersonal,
visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama,
menghargai,.
BBB : kertas latihan
Guru membuat
rumusan
mengenai
pengajaran yang telah diajar dan
menanyakan
soalan kepada
murid akan apa
yang mereka
telah pelajari.
Guru juga
menayakan nilai-nilai
murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan
pembelajaran.
Penutup (5 minit)
i)murid digalakkan supaya mengumpul
maklumat tambahan daripada bahanbahan
yang lain bagi menambanhkan
pengetahuan mereka.
ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni
yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama